Sunday, June 13, 2010

CARA SENANG UNTUK HATI TENANG....

1. Kebaikan itu sebaik namanya,kebaikan itu sebaik rasanya,kebaikan itu sebaik sebutannya.Orang pertama yg menikmati manfaatnya adalah orang yg mengamalkannya.

2. Melakukan perkara yg baik itu adalah penawar jiwa dari segala penyakit hati.Ketenangan jiwa yg sukar digambarkan dan menyempurnakan amanah kpada yg berhak.

3. Hadapilah segala kerumitan dengan keberanian,ketabahan juga kesabaran.Tiada yg mampu menggentarkan anda dengan semangat dan keyakinan yg tinggi,demi sebuah impian kehidupan yg tenang dan bahagia.

4. Senyumlah sebagaimana suria tersenyum,bulan tersenyum,laut tersenyum,burung2 serta seluruh buana dan alam cakerawala tersenyum.

5. Ketawa merupakan penawar kpada segala kesedihan dan mengubati luka di hati.Dengan senyuman yg ikhlas memberi kekuatan yg menakjubkan bagi membuat hati tenang dan gembira.

6. Perbuatan yg baik itu umpama wangian yg tidak mendatangkan kebaikan kpada pemakainya,tetapi memberi bauan wangi kpada orang sekeliling yg menghidunya.

7. Orang yg murah dengan senyuman dalam meniti hari2 kehidupannya adalah orang yg mampu membahagiakan diri sendiri, mampu menghadapi pelbagai kesulitan,menggalas tanggungjawab juga memikul urusan penting yg memberi manfaat kpada diri,keluarga dan masyarakat.

8. Perkasakan diri untuk mendengar segala kritikan,cemuhan dan hinaan.Berdiri teguh seperti sebuah bukit yg tetap kukuh walau dilanda hujan,panas juga ribut dan taufan.

9. Berfikir secara positif, sesuatu yg terjadi ada hikmahnya,setiap yg gelap pasti ada terang,setiap yg susah pasti ada senang.

10.Apabila hati dan perasaan terarah kpada kebahagiaan akhirat,pasti segala musibah akan terasa ringan.Airmata keinsafan daripada orang yg ditimpa bencana akan mengering dengan sendirinya.Hati akan sentiasa tenang dan damai.

11. Saat anda ditimpa bala atau penderitaan janganlah terusan mengeluh,Lihat disekeliling anda betapa ramai manusia yg terdampar sakit di atas katil bertahun2 lamanya,betapa ramai yg menjadi mangsa korban peperangan,tidak kurang yg menderita kebuluran akibat tak cukup makan.

12. Insan yg 'berakal' adalah mereka yg hidup berpaksikan kehidupan di akhirat, kerana penghidupan di akhirat adalah kehidupan yg kekal dan abadi.

0 comments: