Monday, December 28, 2009

titian resah ini
mencuri seribu mimpi
mencari ribuan janji
buat kamu
juga aku...

Saturday, December 19, 2009

girang berkejaran
rama-rama tersenyum di dahan
riang bersiulan
burung-burung berterbangan di awan

hijau biru
merah ungu
putih kelabu
hitam sendu
kuning syahdu
warna hidupku
warna ghairahku
warna matiku

sepi bersilih
rasa terpilih
rindu merintih
kasih tersisih

rama-rama masih tersenyum girang
burung-burung masih bersiulan riang
hanya aku yg terhinggap hilang....


p/s: ada apa denganmu,,,??
boring laa,,,
tengok,,,
aku dah jadi minah jiwang,,,,
tulis sajak lagi,,,huhu

Saturday, December 12, 2009

Panorama indahku di PCB...

CINTA SEORANG WANITA


1.Saya suka melihat tangan teman lelaki saya,cekap dan cermat bila berurusan dengan kerjanya.Namun tampak gagah pabila bersama saya,tapi saya takut untuk di pegang olehnya...bukan takut dia mengapa-apakan saya tapi takut tangan kami nanti akan bercerita tentang keaiban dan dosa kami pabila di SANA nanti!

2.Saya suka melihat rambut teman lelaki saya,walau biasa2 saja namun menyenangkan mata.Saya terfikir andai satu hari dia berubah jadi botak atau beruban satu kepala...saat itu saya tetap akan senang melihatnya,kerana saya sedar kasih saya padanya bukan kerana rambut mahupun rupanya.Tapi kerana akal juga hati budinya.Menjadi penyuluh kala saya kabur tentang cinta .Menunjukkan jalan pada saya untuk ke syurga.

3.Saya suka melihat body teman lelaki saya,walau tak sehebat Brat Pitt,walau tak berotot seperti hero hindustan tapi dia tetap menjadi hero saya.Dia buat saya terpikat dengan senyumannya yang seindah pelangi.Saat saya bersedih dia selalu berikan nasihat,saat saya dalam kesusahan dia selalu hulurkan bantuan,tanpa alasan..atau mengambil kesempatan.

4.Saya tau dia bersedih bila melihat saya jadi tak tentu,tak keruan kerana rindukannya,tapi dia tau bagaimana untuk mengubati hati dan jiwa saya yang leka terbuai oleh cinta.Lalu dia memberi pengertian cinta yang lebih mendalam,iaitu cinta pada Tuhan yang paling utama.Belajar untuk mencintai mengikut lunas yang betul, membawa kami ke jalan syurga.

5.Saya selalu mengambil berat tentang makan,minum,kesihatan dan sebagainya...tapi saya sengaja menduga dengan solatnya,adakah dia juga akan terlalai seperti lelaki2 lain yang sering terlupa dengan waktu bila bersama saya.Namun saya bersyukur kerana saya tidak berjaya nmenghalang dia dari menunaikan kewajipannya kepada Yang Esa.Saya pun tak dapat dosanya...sukaaa!

6.Saya juga tahu dia menyayangi saya,ingin selalu bertemu juga bersama setiap masa tapi katanya cinta yang abadi di dunia yang penuh nafsu ini tidak kekal.Kerana itu kami harus mencari cinta yang tulus sebenarnya,yang akan membawa ke syurga kami.

7.Kami sama-sama berdoa, saling mengingati,juga saling menginsafi.Semoga Tuhan mengampuni segala dosa.Semoga kami kekal bersama selamanya hingga ke syurga.Insyaallah...Amin.

Pemandangan terindahku disuatu petang...
CINTA SEORANG LELAKI


1.Saya suka sangat tengok jari jemari teman wanita saya, cantek betul.Sampai saya takut nak pegang.Bukan takut jari jemarinya patah,tapi takut nanti jari jemari kami tidak boleh saling bantu membantu di satu hari yang amat dahsyat dihadapan Yang Maha Esa!

2.Saya suka tengok rambutnya.Cantek betul..sebab itu saya belikan dia tudung,bukan sebab saya cemburu orang lain tengok,bukan!Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam iklan syampu dalam tv tu sampai bila-bila...takut nanti dibakar dek api neraka,di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta!

3.Saya suka sangat tengok body teman wanita saya...solid betul!Sebab itu saya belikan dia telekung supaya semasa 'dating'dengan Kekasih Yang Maha Utama,dia jauuuh lebih cantek dan berseri menghadap-NYA.Saya pun tumpang dapat pahalanya...syoknyeeee!

4.Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur,tidak makan sebab rindukan saya.Sayapun macam tu juga.Dia bertanya,"Apa ubatnya bang...?sayapun bagi dia Al-Quran sebagai penenang jiwa...semoga dia cintakan-NYA lebih daripada saya.

5.Saya suka bila tengok dia selalu pesan macam2,"makan,minum,jaga diri,pandu kereta elok2...nanti awak sakit saya juga yang susah hati...bla bla bla".Tapi bila kami keluar bersama dan masuk waktu solat,kami sama-sama dulukan solat walaupun dia tak pernah berkata satu apapun.

6.Saya memang sayang sangat pada dia.Saya mahu jumpa dia,bersama dia,cinta secinta cintanya.Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat.Berdating di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.

7.Doakan kami saling ingat-mengingati,insaf-menginsafi.Ya Allah,ampunkan lah kami...semoga kami kekal bersama selama-lamanya,di syurga nanti.Amin..

Thursday, November 26, 2009

dilema tul bila posing skema cam nii..

hihiii...

aduui...dah nak kluar pun sempat agii...

Tuesday, November 17, 2009

TANGISAN ISAM BIN YUSUF


Di kisahkan bahawa ada seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf , dia sangat warak dan sangat khusyuk dalam sembahyangnya. Namun demikian dia selalu khuatir kalau2 ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang di anggapnya lebih baik ibadahnya , demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasanya kurang khusyuk.

Pada suatu hari Isam menghadiri majlis seorang abid yang bernama Hatim Al Asam dan bertanya,
"Wahai Aba Abdurrahman(nama gelaran Hatim)bagaimanakah caranya tuan sembahyang?"

"Apabila masuk waktu sembahyang aku berwuduk zahir dan batin." kata Hatim

"Bagaimana berwuduk batin itu?"bertanya Isam lagi

"Wuduk zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara :

1. BERTAUBAT
2. MENYESALI AKAN DOSA YANG TELAH DILAKUKAN
3. TIDAK TERGILA-GILA DENGAN DUNIA
4. TIDAK MENCARI ATAU MENGHARAPKAN PUJIAN DARI MANUSIA
5. MENINGGALKAN SIFAT BERMEGAH-MEGAH
6. MENINGGALKAN SIFAT KHIANAT DAN MENIPU
7. MENINGGALKAN SIFAT HASAD DENGKI

Seterusnya Hatim berkata:
"Kemudian aku akan terus ke masjid , ku kemaskan semua anggotaku dan menghadap ke kiblat . Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan ALLAH ada di hadapanku , syurga di sebelah kanan ku , neraka di sebelah kiri ku , malaikat maut berada di belakang ku . Dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian Syiratul Mustaqim dan aku menganggap bahawa sembahyang ku kali ini adalah yang terakhir bagiku . (kerana aku rasa akan mati selepas sembahyang ini) , kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik .
Setiap bacaan doa dalam sembahyang ku faham maknanya , kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk (berasa hina) , aku bertasyahuk (tahiyat) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas . Beginilah aku bersembahyang selama 30 tahun ."

Apabila Isam mendengar , menangislah ia sekuat-kuatnya kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim .


p/s :

buat diri juga semua,
sama-samalah kita renung-renungkan....






KERINDUAN YANG MEMBARA TERHADAP RASULULLAH SAW


Pada zaman Rasulullah ada seorang hamba sahaya yang bernama Tsauban.Dia sangat sayang kepada Nabi SAW. Setiap waktu dia pasti ingin bertemu dengan Rasulullah, jika dia tidak bertemu dia akan berasa terlalu sedih malah adakala dia akan menangis. Begitu juga Rasulullah cukup sayang kepadanya.

Pada suatu hari dia datang berjumpa dengan Rasulullah, dia kelihatan sedih dan murung. Melihat keadaan Tsauban itu maka Rasullah pun bertanya kepadanya,

"Kenapa wajahmu nampak berlainan hari ini," tanya Rasulullah.

"Wahai Rasulullah, aku tidak sakit akan tetapi bila aku tidak dapat berjumpa
denganmu hatiku begitu sedih sekali. Sebaliknya apabila telah bertemu denganmu hatiku berasa terlalu gembira,"Tsauban menceritakan hasrat hatinya kepada Rasulullah.

"Bila aku ingat akhirat , hatiku berasa terlalu cemas takut kalau2 aku tidak dapat berjumpa denganmu. Sebab engkau akan duduk di tempat yang paling atas berserta dengan para Nabi yang lain. Jika aku dapat masuk syurgapun tempatku pasti di bawah. Apalagi jika aku tidak dapat masuk syurga , sudah tentu aku tidak lagi dapat bertemu dengan mu buat selama-lamanya."

Nabi SAW terdiam mendengar rintihan Tsauban itu , akan tetapi baginda tidak dapat berbuat apa2 kerana soal akhirat adalah urusan ALLAH SWT.Kerana ALLAH sahaja lah yang tahu di mana tempat seseorang itu di akhirat kelak.

Akhirnya turunlah firman ALLAH kepada Nabi SAW yang bermaksud:

"BARANGSIAPA YANG TAAT KEPADA ALLAH DAN RASULNYA MAKA MEREKA NANTI BERSERTA ORANG2 YANG DIBERI NIKMAT OLEH ALLAH, IAITU PARA NABI ORANG YANG MEMBENARKAN AGAMA, ORANG YANG SYAHID, ORANG SOLEH DAN MEREKA YANG SEBAIK BAIK TEMAN."

Berdasarkan ayat tersebut banyak pengajaran yang dapat kita perolehi. Tsauban adalah contoh teladan yang baik diikuti oleh semua manusia yang mengaku dirinya Islam. Ini kerana orang yang taat kepada ALLAH dan RasulNYA akan di jamin tempat yang baik di hari kemudian kelak. Semoga kita akan termasuk ke dalam golongan orang2 seperti itu.

Monday, November 16, 2009



Pembohongan yg dpercayai....
Rencah kehidupan yag semakin rancak....



Kajian yg dijalankan di Amerika Syarikat golongan yg paling banyak berbohong adalah penulis,ahli psikologi dan wartawan. Berbohong adalah gejala yg berlaku di kalangan semua baka manusia. Manusia yg memiliki bahasa dan suara yg indah amat mudah berbohong dan percaya pada pembohongan.

Pembohongan banyak dikaitkan dengan janji kerana salah satu keistimewaan manusia adalah membuat janji. Janji untuk diri sendiri.Janji untuk orang lain. Bahkan menabur janji di mana2 sahaja. Anehnya manusia,sentiasa percaya pada janji dan pembohongan yg ditawarkan.

Mengikut tradisi Islam,setiap manusia memulai kehidupannya dengan berjanji dengan Tuhan. Ketika manusia masih janin lagi ,roh nya telah 'ditawari' perjanjian bahawa dia akan percaya pada Tuhan dan taat pada semua suruhan NYA. Perjanjian awal tersebut menunjukkan bahawa ciri utama manusia adalah berjanji. Selari dengan ciri utama manusia itu adalah tabiat suka berbohong dan membohongi janji.

Bercerita bohong sudah menjadi amalan manusia melampaui batas bangsa,warna kulit,umur,negeri,waktu dan taraf. Al Ghazali membahagikan 'bohong' kepada 6 golongan...yang paling lumrah ialah bohong lisan. Kata orang,jumlah bohong yang dilakukan oleh seseorang itu sama banyaknya dengan jumlah perbendaharaan kata yang dikuasainya. Jika dia hanya menguasai sedikit kata dalam bahasa itu,kemungkinan jumlah pembohongan yg dilakukannya juga adalah sedikit.

Terdapat banyak punca manusia berbohong. Antaranya adalah kejahilan.Seseorang tidak mungkin mengetahui semua maklumat atau ilmu yang ada. Jadi setiap saat manusia terdedah pada bercakap bohong. Tetapi bohong berpunca daripada kejahilan dapat di perbaiki dan orang lain bersedia memaafkannya. Bagaimanapun bohong walau apapun akan menyebabkan musibah. Selain itu bohong berlaku disebabkan strategi untuk mencapai impian. Apabila seseorang memulakan sesuatu dengan bohong sebagai strateginya,mereka akan sentiasa berbohong selepas itu,untuk mengunci rahsia pembohongannya.

Menutup rahsia merupakan alasan biasa bagi manusia. Contohnya,manusia amat malu jika kekurangannya diketahui orang lain. Bagi seorang lelaki kekurangannya seharusnya tidak diketahui oleh wanita yang diminatinya. Ini adalah kerana dia mengandaikan kekurangan itu akan mengurangkan peluang untuk memikat wanita tersebut. Kadangkala dia mengetahui usahanya akan gagal tapi dia berbohong juga. Kelakuannya seperti orang yang buta cuba menutup kecacatannya dengan memakai cermin mata hitam.

Membohongi isteri adalah kes bohong yang paling banyak di rekodkan,membohongi isteri untuk tujuan keamanan walaupun diizinkan oleh Al Ghazali,tetap haram hukumnya. Semakin kerap dia berbohong,semakin dekat perbuatannya dengan nifak atau munafik.Apabila dia membuka ruang pada dirinya untuk membohongi isteri,dia melangkah satu tapak ke arah neraka. Maka,pembohongan yang dilakukan selepas itu untuk meneruskan cerita rekaannya akan semakin jauh dari jalan yang betul.

Bohong lisan yang remeh temeh merupakan titik hitam yang akan mengotori hati. Kata2 jawapan yang sering diluahkan untuk menyenangkan hati kawan atau isteri yang berbeza daripada kenyataan di dalam hati akan menyebabkan hati itu layu. Hati yang layu agak susah untuk melaksanakan perintah Allah,terutama melaksanakan amalan baik. Titik2 kecil yang terkumpul itu lama2 akan menjadikan hati itu hitam dan jauh dari nikmat Tuhan.

Tidak ada salahnya manusia bercakap benar pada dirinya. Dia tidak perlu terpedaya dengan hasutan nafsu dan syaitan sehingga mengorbankan kredibilitinya bercakap benar. Jika dia bercakap benar pada orang lain, terutama pada isterinya atau suaminya dan teman rapatnya. Apabila bercakap benar pada semua orang,mungkin seseorang itu akan melihat segala keajaiban dunia ini, seperti yang pernah dikatakan oleh Said al Marwazi,

"Apabila kamu mencari Allah dengan benar,Dia akan memberi kamu dengan cermin.Kamu akan nampak semua keajaiban dunia dan akhirat."

Tidak dapat dibayangkan bagaimana jika kita semua dapat melihat segala perbuatan mereka yang bercakap bohong, seandainya setiap daripada kita mendapat kuasa 'cermin ajaib' seperti yang dikatakan oleh Al mawawzi itu,pasti tidak ada lagi yang berani bercakap bohong dan tidak akan ada lagi mereka yang percaya kepada cerita oleh seorang pembohong....



Oleh: Zainura Zakaria

Thursday, November 12, 2009


Melangkah Dalam Hujan…
“Jodoh ,ajal,maut semuanya urusan Allah”

Hari Ahad,10 Mei 1996
Pagi cerah,jam menunjukkan pukul 10.00 pagi(waktu Indonesia)ketika saya sibuk melayan pelanggan di kedai runcit ayah. Tiba2 saya melihat ayah berdiri di sebelah saya. Muka ayah pucat,mimik mukanya menunjukkan kesedihan yang luarbiasa. Ayah masih sakit tapi saya tidak tau kenapa ayah jadi begitu sedih.
Selepas semua pelanggan beredar saya hampiri ayah. Saya pimpin tangannya ke kerusi buluh di belakang kedai runcit yang berdindingkan papan lapis itu. Sambil mendukung Ari,anak saya yang berusia 2 tahun,saya hulurkan secawan kopi kepada ayah.
“Minumlah ayah,”kata saya sambil mendodoikan Ari yang sedang lena dalam dukungan. Tiba2 mata ayah berkaca -kaca,sebak..dan bagai tak dapat dibendung airmata terus mengalir di pipi nya . Dipeluknya Ari dan saya. Saya pun ikut menangis sekali,sebak tidak terkata. Saya sedih melihat muka ayah yang pucat,tubuhnya yang kurus. Saya usap bahu ayah untuk menenangkannya.
“Kesian kamu Su,besarkan Ari tanpa suami.Ayah pun tak mampu beri kamu harta.Bagaimana kamu hendak besarkan anak kamu ini,lagipun ayah akan pergi tak lama lagi.”,tangisan ayah terhenti dan dia memandang saya dalam2.
“Jangan cakap macam tu ayah.Jodoh,ajal,maut semuanya urusan Allah. Berdoalah agar ayah panjang umur dan dapat melihat Ari membesar dan hidup bahagia. Kan roda kehidupan tak selalunya di bawah ayah,”saya cuba memujuk ayah.
Memang sayalah anak yang paling menderita saat ini. Keempat-empat kakak saya hidup rukun damai dengan suami masing2,soal ekonomi mereka boleh dikatakan cukup stabil.
Pukul 11 pagi.
“Su…tolong gorengkan ayah ikan masin,ayah teringin pulak nak makan ikan masin hari ni,”kata ayah yang tiba2 muncul di depan pintu bilik. Saya baru menidurkan Ari.
Saat melihat saya memanaskan minyak dan mengambil ikan masin,muka berkedut yang saya sayangi itu memandang saya dengan penuh kasih sayang. Airmata mengalir lagi di pipinya…
“Sudahlah ayah,jangan bersedih lagi. Su kan muda lagi. Bila Ari sudah berumur 3 tahun , Su akan pergi ke Malaysia.Ayah jangan lah banyak berfikir,jangan susah hati,”saya memujuk ayah.
Siap menggoreng ikan masin itu saya berikan kepada ayah. Ketika itu juga kedengaran suara Ari merengek. Setengah berlari saya dapatkan Ari. Saya dodoikan Ari dan akhirnya terlelap di sisi anak saya itu.
Pukul 11.45 pagi.
Saya terbangun apabila terdengar suara ibu menjerit bagai histeria,berlari saya mendapatkan ibu. Ya Allah!! Ayah kini terbujur di kamar lusuhnya,tempat dia terlantar sakit selama 5 tahun ini. Langit gelap,pandangan saya gelap,saya tidak sanggup melihat pemandangan seberat ini.
5 Mei 2007,pukul 5.00 petang.
Kuala Lumpur basah,langit pucat tertutup,hujan gerimis tidak jua hentinya. Dengan beberapa helai baju yang baru dibeli di Chow Kit,saya berteduh di depan kedai seorang Cina di Lorong Hj Taib.
Hujan tidak jua berhenti…15 minit berlalu,tiba2 datang seorang lelaki tua berbaju lusuh,menggilgil,lalu terus mencangkung di sebelah saya. Masya Allah…jantung saya berdegup kencang. Wajah kumal itu mengingatkan saya pada ayah.
Tiba2 sebak di rongga dada. Maafkan saya ayah,belum sempat ayah melihat 2 lot rumah yang saya bangunkan untuk ayah. Maafkan saya ayah,belum sempat saya hadiahkan sepetak bendang yang dulu teramat ayah ingini,belum sempat saya persembahkan kebahagiaan yang kini saya kecapi,ayah terlebih dulu pergi.
Saya semakin sebak,lantas saya mencangkung. Saya peluk lelaki tua itu,saya menangis. Saya hulurkan baju2 yang baru dibeli tadi. Saya melangkah dalam hujan,dalam tangis,dalam sesal,dalam pandangan bahagia lelaki tua itu yang masih kebingungan…



Kiriman:
SUNARTI,
KUALA LUMPUR.



TaHaJjuD CinTA


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahaya
tunjukku ke jalan syurga


Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan ku kekuatan
serta pedoman di kesesatan


Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahaya
tunjukku ke jalan syurga


Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak yang aku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan ampuni hamba MU


Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama
diam ku tanggalkan baju dunia
dakap ku dengan selimut syurga


Ya Tuhanku hanya padaMu
limpahiku rahmat kasihMu
dalam tahajjud cinta bersujud




p/s: Lirik lagu Tahajjud cinta dari Mak Iti...
Waduh...lagunya begitu membelai dan membuai rasa,,bisa2 aja bikin gue sayu dan sentap seketika.Bait2 kata bagai bercerita...

Wednesday, November 11, 2009

DeDIKaSi BUat SEoRanG TeMaN TErISTiMeWa...


Thanks 4 d intro...
Terimakasih untuk kata aluan i2...
Terimakasih untuk tunjuk tanpa jemu...
Terimakasih untuk segala ilmu...
Terimakasih untuk semangat tanpa penat...
Terimakasih teman...
kerna kembalikan suria ku
...terus menyinar.




P/S:Thanks drB...ooppss...apapun terimakasih atas segalanya...

Tuesday, November 10, 2009

Salam Perkenalan


Saya seorang insan yang kesunyian. Sedang mencari teman2 untuk berbicara. Kalau sudi singgahlah di sini. Nanti saya hiburkan anda dan diri sendiri.