Monday, November 16, 2009



Pembohongan yg dpercayai....
Rencah kehidupan yag semakin rancak....



Kajian yg dijalankan di Amerika Syarikat golongan yg paling banyak berbohong adalah penulis,ahli psikologi dan wartawan. Berbohong adalah gejala yg berlaku di kalangan semua baka manusia. Manusia yg memiliki bahasa dan suara yg indah amat mudah berbohong dan percaya pada pembohongan.

Pembohongan banyak dikaitkan dengan janji kerana salah satu keistimewaan manusia adalah membuat janji. Janji untuk diri sendiri.Janji untuk orang lain. Bahkan menabur janji di mana2 sahaja. Anehnya manusia,sentiasa percaya pada janji dan pembohongan yg ditawarkan.

Mengikut tradisi Islam,setiap manusia memulai kehidupannya dengan berjanji dengan Tuhan. Ketika manusia masih janin lagi ,roh nya telah 'ditawari' perjanjian bahawa dia akan percaya pada Tuhan dan taat pada semua suruhan NYA. Perjanjian awal tersebut menunjukkan bahawa ciri utama manusia adalah berjanji. Selari dengan ciri utama manusia itu adalah tabiat suka berbohong dan membohongi janji.

Bercerita bohong sudah menjadi amalan manusia melampaui batas bangsa,warna kulit,umur,negeri,waktu dan taraf. Al Ghazali membahagikan 'bohong' kepada 6 golongan...yang paling lumrah ialah bohong lisan. Kata orang,jumlah bohong yang dilakukan oleh seseorang itu sama banyaknya dengan jumlah perbendaharaan kata yang dikuasainya. Jika dia hanya menguasai sedikit kata dalam bahasa itu,kemungkinan jumlah pembohongan yg dilakukannya juga adalah sedikit.

Terdapat banyak punca manusia berbohong. Antaranya adalah kejahilan.Seseorang tidak mungkin mengetahui semua maklumat atau ilmu yang ada. Jadi setiap saat manusia terdedah pada bercakap bohong. Tetapi bohong berpunca daripada kejahilan dapat di perbaiki dan orang lain bersedia memaafkannya. Bagaimanapun bohong walau apapun akan menyebabkan musibah. Selain itu bohong berlaku disebabkan strategi untuk mencapai impian. Apabila seseorang memulakan sesuatu dengan bohong sebagai strateginya,mereka akan sentiasa berbohong selepas itu,untuk mengunci rahsia pembohongannya.

Menutup rahsia merupakan alasan biasa bagi manusia. Contohnya,manusia amat malu jika kekurangannya diketahui orang lain. Bagi seorang lelaki kekurangannya seharusnya tidak diketahui oleh wanita yang diminatinya. Ini adalah kerana dia mengandaikan kekurangan itu akan mengurangkan peluang untuk memikat wanita tersebut. Kadangkala dia mengetahui usahanya akan gagal tapi dia berbohong juga. Kelakuannya seperti orang yang buta cuba menutup kecacatannya dengan memakai cermin mata hitam.

Membohongi isteri adalah kes bohong yang paling banyak di rekodkan,membohongi isteri untuk tujuan keamanan walaupun diizinkan oleh Al Ghazali,tetap haram hukumnya. Semakin kerap dia berbohong,semakin dekat perbuatannya dengan nifak atau munafik.Apabila dia membuka ruang pada dirinya untuk membohongi isteri,dia melangkah satu tapak ke arah neraka. Maka,pembohongan yang dilakukan selepas itu untuk meneruskan cerita rekaannya akan semakin jauh dari jalan yang betul.

Bohong lisan yang remeh temeh merupakan titik hitam yang akan mengotori hati. Kata2 jawapan yang sering diluahkan untuk menyenangkan hati kawan atau isteri yang berbeza daripada kenyataan di dalam hati akan menyebabkan hati itu layu. Hati yang layu agak susah untuk melaksanakan perintah Allah,terutama melaksanakan amalan baik. Titik2 kecil yang terkumpul itu lama2 akan menjadikan hati itu hitam dan jauh dari nikmat Tuhan.

Tidak ada salahnya manusia bercakap benar pada dirinya. Dia tidak perlu terpedaya dengan hasutan nafsu dan syaitan sehingga mengorbankan kredibilitinya bercakap benar. Jika dia bercakap benar pada orang lain, terutama pada isterinya atau suaminya dan teman rapatnya. Apabila bercakap benar pada semua orang,mungkin seseorang itu akan melihat segala keajaiban dunia ini, seperti yang pernah dikatakan oleh Said al Marwazi,

"Apabila kamu mencari Allah dengan benar,Dia akan memberi kamu dengan cermin.Kamu akan nampak semua keajaiban dunia dan akhirat."

Tidak dapat dibayangkan bagaimana jika kita semua dapat melihat segala perbuatan mereka yang bercakap bohong, seandainya setiap daripada kita mendapat kuasa 'cermin ajaib' seperti yang dikatakan oleh Al mawawzi itu,pasti tidak ada lagi yang berani bercakap bohong dan tidak akan ada lagi mereka yang percaya kepada cerita oleh seorang pembohong....



Oleh: Zainura Zakaria

0 comments: