Tuesday, November 17, 2009

KERINDUAN YANG MEMBARA TERHADAP RASULULLAH SAW


Pada zaman Rasulullah ada seorang hamba sahaya yang bernama Tsauban.Dia sangat sayang kepada Nabi SAW. Setiap waktu dia pasti ingin bertemu dengan Rasulullah, jika dia tidak bertemu dia akan berasa terlalu sedih malah adakala dia akan menangis. Begitu juga Rasulullah cukup sayang kepadanya.

Pada suatu hari dia datang berjumpa dengan Rasulullah, dia kelihatan sedih dan murung. Melihat keadaan Tsauban itu maka Rasullah pun bertanya kepadanya,

"Kenapa wajahmu nampak berlainan hari ini," tanya Rasulullah.

"Wahai Rasulullah, aku tidak sakit akan tetapi bila aku tidak dapat berjumpa
denganmu hatiku begitu sedih sekali. Sebaliknya apabila telah bertemu denganmu hatiku berasa terlalu gembira,"Tsauban menceritakan hasrat hatinya kepada Rasulullah.

"Bila aku ingat akhirat , hatiku berasa terlalu cemas takut kalau2 aku tidak dapat berjumpa denganmu. Sebab engkau akan duduk di tempat yang paling atas berserta dengan para Nabi yang lain. Jika aku dapat masuk syurgapun tempatku pasti di bawah. Apalagi jika aku tidak dapat masuk syurga , sudah tentu aku tidak lagi dapat bertemu dengan mu buat selama-lamanya."

Nabi SAW terdiam mendengar rintihan Tsauban itu , akan tetapi baginda tidak dapat berbuat apa2 kerana soal akhirat adalah urusan ALLAH SWT.Kerana ALLAH sahaja lah yang tahu di mana tempat seseorang itu di akhirat kelak.

Akhirnya turunlah firman ALLAH kepada Nabi SAW yang bermaksud:

"BARANGSIAPA YANG TAAT KEPADA ALLAH DAN RASULNYA MAKA MEREKA NANTI BERSERTA ORANG2 YANG DIBERI NIKMAT OLEH ALLAH, IAITU PARA NABI ORANG YANG MEMBENARKAN AGAMA, ORANG YANG SYAHID, ORANG SOLEH DAN MEREKA YANG SEBAIK BAIK TEMAN."

Berdasarkan ayat tersebut banyak pengajaran yang dapat kita perolehi. Tsauban adalah contoh teladan yang baik diikuti oleh semua manusia yang mengaku dirinya Islam. Ini kerana orang yang taat kepada ALLAH dan RasulNYA akan di jamin tempat yang baik di hari kemudian kelak. Semoga kita akan termasuk ke dalam golongan orang2 seperti itu.

0 comments: