Tuesday, November 17, 2009

TANGISAN ISAM BIN YUSUF


Di kisahkan bahawa ada seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf , dia sangat warak dan sangat khusyuk dalam sembahyangnya. Namun demikian dia selalu khuatir kalau2 ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang di anggapnya lebih baik ibadahnya , demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasanya kurang khusyuk.

Pada suatu hari Isam menghadiri majlis seorang abid yang bernama Hatim Al Asam dan bertanya,
"Wahai Aba Abdurrahman(nama gelaran Hatim)bagaimanakah caranya tuan sembahyang?"

"Apabila masuk waktu sembahyang aku berwuduk zahir dan batin." kata Hatim

"Bagaimana berwuduk batin itu?"bertanya Isam lagi

"Wuduk zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara :

1. BERTAUBAT
2. MENYESALI AKAN DOSA YANG TELAH DILAKUKAN
3. TIDAK TERGILA-GILA DENGAN DUNIA
4. TIDAK MENCARI ATAU MENGHARAPKAN PUJIAN DARI MANUSIA
5. MENINGGALKAN SIFAT BERMEGAH-MEGAH
6. MENINGGALKAN SIFAT KHIANAT DAN MENIPU
7. MENINGGALKAN SIFAT HASAD DENGKI

Seterusnya Hatim berkata:
"Kemudian aku akan terus ke masjid , ku kemaskan semua anggotaku dan menghadap ke kiblat . Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan ALLAH ada di hadapanku , syurga di sebelah kanan ku , neraka di sebelah kiri ku , malaikat maut berada di belakang ku . Dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian Syiratul Mustaqim dan aku menganggap bahawa sembahyang ku kali ini adalah yang terakhir bagiku . (kerana aku rasa akan mati selepas sembahyang ini) , kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik .
Setiap bacaan doa dalam sembahyang ku faham maknanya , kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk (berasa hina) , aku bertasyahuk (tahiyat) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas . Beginilah aku bersembahyang selama 30 tahun ."

Apabila Isam mendengar , menangislah ia sekuat-kuatnya kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim .


p/s :

buat diri juga semua,
sama-samalah kita renung-renungkan....






0 comments: