Sunday, January 17, 2010

Cerita kedai kopi...

Jam di dinding dah menunjuk ke angka 11,issh..cepat2 la bersiap.hari ni aku ada janji dengan abang,genap 3 bulan kami kembali berkawan setelah lebih 10 tahun kami tak jumpa.mungkin dulu kami tak ada jodoh dan terputus hubungan macam tu je..alah cinta budak sekolah,apalah nak di hebohkan sangat.lain lah dia yg masa tu baru balik oversea,jalan pun mendada elok je,dapat keje elok,pakai kereta pun yg elok2.
Cukup lah fikirkan abang yg dulu,sekarang aku nak fokas untuk bersiap-siap.apalagi,tudung..baju..mekap..emm semuanya tiptop..tak sememeh dan serabai..hehe!
Dalam asyik di cermin telefon berbunyi.
"hello..dah siap belum?"dia dah call,bagus betul mamat ni..sharp on time.memang janji yg tak di melayukan.
"dah abang,datang la..orang tunggu ni,"jawab aku dalam nada manja2 santai.
"ok,abang dah ada kat depan rumah ni."

Hari tu kami banyak ketawa.berbual dan bercerita.sehinggalah tiba pada satu topik yg buat aku rasa nak pitam.
"cantek awak hari ni,"aaii..kalau dah puji mesti ada apa2 ni.
"ye ke..tima kasih..hehe!,"dengan muka tak malu aku jawab.
"kalau la abang boleh jadikan hari ni saat bermulanya hari bahagia kita,alangkah bertuahnya abang andai dapat miliki awak.berilah peluang pada abang,akan abang buktikan cinta yg dulu terhenti bersambung kembali,menjadi realiti.awak tak payah cakap apa2,abang tak minta jawapan itu sekarang.balik dan awak fikir sedalamnya..please..!
Abang akan beri apa yg awak impikan selama ni.awak nak buka business..?ok..abang sokong,berapa modal yg awak perlu..abang akan uruskan."

Haa..!aku melihat dan mendengar tiap patah katanya,dengan mata yg tak berkelip dan mulut yg menganga...mamat ni kenapa,tetiba je cakap pasal ni.
"awak dengar tak apa yg abang cakap ni?"
"aaa..dengar..dengar,nantilah orang balik dan pikir2 dulu..."
Tersentak aku dengan pertanyaannya,dari tadi aku terdiam dan terkelu dengan kata2nya yg laju je,macam dah di karang2 ayatnya.

Selepas peristiwa tu,aku bagaikan cacing kepanasan.kenapa abang begitu berani.tak pernah dia bertanya apa rasaku setelah sekian lama.masihkah aku mencintai dia seperti dulu.adakah hatiku juga masih seperti dulu.
Aku tau dia tau tentang yg lain.tentang Y,tentang B..aku bukan hipokrit.abang tau tentang mereka.tahu tentang Y yg selalu buat aku pecah perut dengan gelagat dan lawaknya yg tak pernah habis.abang tahu tentang B yg selalu aku ekori.
abang juga tahu yg Y begitu bersungguh nak propose aku bila pada satu hari kami berjalan santai depan habib jewel.
"emm..canteknya..,"ringan je mulut aku memuji kilauan berlian yg memukau pandangan mata aku.
"ayang nak ke cincin tu...i belikan..!"cepat je dia bertanya.
"tak payah susah2...kalau i nak bukan 1 ,tapi i nak 2..,"balas aku selamba.
"2 pun apa salahnya,1..25 ribu,kalau 2 baru 50 ribu."ek eleh mamat ni kenapa..?ditariknya tangan aku masuk ke dalam kedai tapi aku hanya geleng2 kepala.bukan aku tak terpana dengan gemerlap permata ,tapi dia siapa nak bagi aku ikut suka!walau dia mampu melebur ringgitnya di situ, aku bukan murahan yg bertanda harga begitu..
sori bro...tak ada niat untuk menyakitkan hati,cuma aku masih mencari cinta di hati.
Kalau tidak kerana gatal mulut aku ni,abang pun takkan tau.aku bercerita,mana tau dia terasa..aku menjadi idaman orang.
Begitu juga dengan B,yg selalu buat aku mati kutu.lain dari yg lain.dengan lagak sempoi dan selamba,dengan raut muka tak bersalahnya...langkah aku terhenti di situ.
di mana ada dia di situ aku tunggu!aku selidiki sedikit demi sedikit.adakah aku masih waras...?entah la,aku pun tak tau!tak dapek den nak nolong...
Sudah ramai lelaki yg aku kenali tapi mamat sorang ni memang mencabar ego diri.
Dia bukan siapa2...dari info yg aku dapat dia tak ada wang bertimbun,rupa paras pun tak la terlalu hensem.cuma yg aku suka sangat tentang dia ialah sifatnya yg baik...baik hati,baik budi,suka tolong orang...sifat yg tak ada harga nilainya bagi aku.kerjanya asyik kerja sukarela,memang la lambat nak kaya...tapi tak apa sebab aku suka...!

Matahari tersenyum girang,hati akupun berlagu riang.mood aku baik betul hari ni.aku ingat nak pegi joging,lepas tu boleh la singgah kat kedai kak gayah murai.boleh pekena teh o limau.perut rasa dah buncit,nafas pun asyik semput2 je..dah lama sangat tak pegi joging ni.harap2 B pun ada kat situ pagi2 macam ni.

Sesampai aku di kedai kak gayah murai,aku terlihat B. Mmm...betul pun jangkaan aku,selamba dia tersenyum sambil menghirup kopi yg masih berasap.
"duduklah tuan puteri,atau nak hamba lapkan kerusi..?
"takyah2..trimakasih,"apa kena mamat ni.. tersampuk puteri bunian ke apa..
"sebenarnya saya ingin berbicara dengan tuan puteri yg sedang bertakhta di hati.sekian lama memendam rasa tak terkira gelora asmara.walaupun wajah hamba selamba rock aje tapi itu tak memberi apa2 terjemahan di jiwa.
Sudikah kiranya tuan puteri menjadi permaisuri di istana hamba yg menanti,mahligai syahdu yg hamba sediakan?sudikah kiranya tuan puteri menjadi teman sehidup dan semati bersama hamba?
Bukan hamba sengaja berbohong,jauh sekali untuk menipu.tapi orang yg tuan puteri ekori itu bukanlah hamba yg sebenarnya.itu adalah pemandu hamba yg bersandiwara atas arahan hamba.telah lama hamba perhatikan kesungguhan dan ketulusan tuan puteri dan sekarang hamba amat sanjungi tanpa rasa ragu di hati."
Aarrgh..apa ni!airliurku terasa tersekat di kerongkong,bagai tak mampu untuk ku telan.aku yg ekori dia atau dia yg mengekori aku...??perlahan aku dongakkan kepala dan memandang tepat ke wajahnya.adakah aku sedang bermimpi?
Aku cuba cubit pipi kiriku...aauw sakit..!aku cuba tepuk2 pipi kananku pulak...aduii..sakit laaa!!betul..!!aku tak bermimpi!betul ada mahligai syahdu..betul ada istana menanti...!

"ooii...!!bangun..bangun..!!banyak la ngko punya mahligai syahdu,istana menanti!!haaa...ngko pegi tingkat 2 kat sana ada istana jamban menanti...belah sana belum cuci lagi.dah naik longgar kepala lutut aku ni cari ngko merata-rata,kat sini rupanya ngko buat taik mata..!
Aku terkebil-kebil kebingungan,aku pandang atas...bawah..kiri..kanan..kat mana pulak aku ni..??huhuhu..aku mimpi lagi rupanya...
Minah indon yg baru seminggu masuk kerja tu elok je tersengeh sebelah kak gayah murai,merangkap ketua cuci2 department tempat aku kerja ni...!huhu..!!
Dalam rasa terkejut dan masih mamai,aku bangun tanpa berkata apa2...terus aku capai baldi dan mop yg tersandar di dinding.dengan langkah longlai aku menuju ke destinasi ku...istana jamban menanti...!huhuhu..
Mak...ayah...!!kenapa orang selalu mimpi yg bukan2...tak rock la mimpi yg mengada-ngada macam nii..!!tolong la orang nii..!!



kiriman:
suzella


p/s:cerita ni takde sangkut paut dgn den...huhu!
kalau nk tau tanya ella...hehe..

0 comments: