Andai siang tadi
marah ku tak berpandu
menyingsing luka berbalut duka
Andai siang tadi
kerasnya membanting pintu
seolah itulah jawapan dari mu
Lupakan saja
kerana kita kadang-kadang
menjadi lelaki yg kasar...
menjadi wanita yg tak sabar...
Friday, July 23, 2010
Andai siang tadi...
Posted by maria hany at 12:48 AM 0 comments
Saturday, June 19, 2010
Puisi Seorang Teman....
Ku belai dengan kalimah cinta
yang lahir dari lubuk hati paling dalam
membuka hijab kasih
tak lagi gelandangan dan bergentayangan
dengan kalimah cinta yang tersusun
pada sayap-sayap angin
Esok aku akan kembali
ke ruang sunyi pengap
bersama segugus cinta
yg ku kutip dari taman hatimu....
p/s:terimakasih daun keladi...
aku terbelai dgn puisimu...
Posted by maria hany at 7:42 PM 0 comments
Buat seorang teman...
Teman..
kamu di mana
serasakan kamu ada
jauh tanpa suara
dekat tanpa kata
teman...
temani aku...
sepi dalam buntu
lemas dalam sayu
lepaskan rajukmu
kembalikan senyumku...
Posted by maria hany at 2:50 AM 0 comments
Friday, June 18, 2010
Adakah anda seorang yg setia?adakah anda seorang yg berpegang pada janji?adakah anda seorang yg moody...dan perlu bercakap 2x untuk mengesahkan sesuatu perkara?
mmmm....seperti pernah ku dengar soalan ini tp di mana yaa..?? fikir2kan...hehe!!
Posted by maria hany at 1:39 PM 0 comments
Sunday, June 13, 2010
CARA SENANG UNTUK HATI TENANG....
1. Kebaikan itu sebaik namanya,kebaikan itu sebaik rasanya,kebaikan itu sebaik sebutannya.Orang pertama yg menikmati manfaatnya adalah orang yg mengamalkannya.
2. Melakukan perkara yg baik itu adalah penawar jiwa dari segala penyakit hati.Ketenangan jiwa yg sukar digambarkan dan menyempurnakan amanah kpada yg berhak.
3. Hadapilah segala kerumitan dengan keberanian,ketabahan juga kesabaran.Tiada yg mampu menggentarkan anda dengan semangat dan keyakinan yg tinggi,demi sebuah impian kehidupan yg tenang dan bahagia.
4. Senyumlah sebagaimana suria tersenyum,bulan tersenyum,laut tersenyum,burung2 serta seluruh buana dan alam cakerawala tersenyum.
5. Ketawa merupakan penawar kpada segala kesedihan dan mengubati luka di hati.Dengan senyuman yg ikhlas memberi kekuatan yg menakjubkan bagi membuat hati tenang dan gembira.
6. Perbuatan yg baik itu umpama wangian yg tidak mendatangkan kebaikan kpada pemakainya,tetapi memberi bauan wangi kpada orang sekeliling yg menghidunya.
7. Orang yg murah dengan senyuman dalam meniti hari2 kehidupannya adalah orang yg mampu membahagiakan diri sendiri, mampu menghadapi pelbagai kesulitan,menggalas tanggungjawab juga memikul urusan penting yg memberi manfaat kpada diri,keluarga dan masyarakat.
8. Perkasakan diri untuk mendengar segala kritikan,cemuhan dan hinaan.Berdiri teguh seperti sebuah bukit yg tetap kukuh walau dilanda hujan,panas juga ribut dan taufan.
9. Berfikir secara positif, sesuatu yg terjadi ada hikmahnya,setiap yg gelap pasti ada terang,setiap yg susah pasti ada senang.
10.Apabila hati dan perasaan terarah kpada kebahagiaan akhirat,pasti segala musibah akan terasa ringan.Airmata keinsafan daripada orang yg ditimpa bencana akan mengering dengan sendirinya.Hati akan sentiasa tenang dan damai.
11. Saat anda ditimpa bala atau penderitaan janganlah terusan mengeluh,Lihat disekeliling anda betapa ramai manusia yg terdampar sakit di atas katil bertahun2 lamanya,betapa ramai yg menjadi mangsa korban peperangan,tidak kurang yg menderita kebuluran akibat tak cukup makan.
12. Insan yg 'berakal' adalah mereka yg hidup berpaksikan kehidupan di akhirat, kerana penghidupan di akhirat adalah kehidupan yg kekal dan abadi.
Posted by maria hany at 3:24 AM 0 comments
Wednesday, June 9, 2010
Seseorang itu harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya...
yessz...u r so right bebyyh!!!
Posted by maria hany at 7:48 PM 0 comments
Monday, January 25, 2010
Cerita CINTA...
Ku belek lembaran hari
merenungi catatan memori
berkisah di lingkaran hati
kala kalbu memahami
saat jiwa merestui
ku dakab damai yg memuncak
ku palingkan walang yg tercampak
rasa ku bagai diseru seisi buana
membuat aku lemas dan nanar
sayang...
detik walang
memijarkan kedinginan malam
pada simpulan yg tak terpatri
rintik hujan membasahi
alam bagai meratapi
ku akui segala kekhilafan
menerajang segala keegoan
aku kembali
untuk ku daki puncak tertinggi
bersamamu di sini
sayang...
suria tersenyum manja
menghulur usapan canda jiwa
menghangatkan belai kasih kita
usah lagi kita alpa atau lupa
menghitung hari bahagia
pabila cinta ada
tercipta buat kita...
Posted by maria hany at 1:57 AM 0 comments
Labels: cinta...